Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petronas tegur tim Syed Saddiq guna telefon di stesen minyak
Diterbitkan:  Jan 14, 2019 6:47 PM
â‹…
Dikemaskini: 10:57 AM

Tindakan tim Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi gambar beliau sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak Petronas mengundang teguran syarikat pengeluar minyak nasional itu.

Menerusi foto yang dikongsikan di media sosial Twitter #TeamSaddiq ia memaparkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) itu sedang bersandar di kereta miliknya sambil mengisi minyak.

Gambar itu menarik perhatian Petronas Brands yang mengeluarkan nasihat supaya tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu berdekatan dengan pam.

"Terima kasih singgah di stesen Petronas.

"Walau bagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam ya. Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin," ciap Petronas Brands di Twitternya.

Teguran Petronas Brands itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran berkenaan dan menyifatkannya sebagai mengundang bahaya.

Ada segelintir netizen yang turut memuat naik gambar papan tanda larangan penggunaan telefon sebagai respon terhadap teguran Petronas Brands itu.

Melalui gambar yang dimuat naik itu, Syedd Saddiq dipercayai dalam perjalanan ke Cameron Highlands bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang berlangsung.

"Menteri "drive" sendiri boleh claim minyak tak?

"Going to Cameron Highlands as Ketua Pemuda Harapan tanpa jentera kerajaan," ciap Twitter #TeamSaddiq.

Lihat Komen
ADS