Polis kenalpasti tukang rakam klip video ketuk ketampi
Terjemahan Polis hari ini mengesahkan telah mengenalpasti orang yang merakamkan insiden bogel dan ketuk ketampi di lokap polis Petaling Jaya tahun lalu.
Terjemahan Polis hari ini mengesahkan telah mengenalpasti orang yang merakamkan insiden bogel dan ketuk ketampi di lokap polis Petaling Jaya tahun lalu.
"Kami telah menyiapkan siasatan. Sekarang kami menunggu arahan dari pihak atasan.....kami telah mengenalpasti individu berkenaan," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan di Kuala Lumpur.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan butir-butir lanjut apabila ditanya berapa orang yang melakukan rakaman itu.
"Saya tidak boleh beritahu anda sekarang....tunggu hasil siasatan," ujarnya.
Musa juga enggan menyatakan samaada tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota individu berkenaan.
Isu klip video wanita bogel dan ketuk ketampi dalam lokap polis itu telah menjadi isu kontroversi pada hujung tahun lalu hingga menyebabkan kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasatnya.
Siasatan suruhanjaya bebas itu tertumpu pada mengenalpasti kewarganegaraan dan keturunan mangsa bogel tersebut serta menilai kewajaran prosidur soalsiasat polis. Mengenalpasti tukang rakam video klip tersebut tidak termasuk dalam agenda suruhanjaya tersebut.
Polis memutuskan sendiri untuk menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap jururakam gambar berkenaan. Sehingga kini tiada siapa dikenakan sebarang tindakan berkaitan skandal ini.
Pengarang China Press
Bagaimanapun dua orang pengarang akhbar China Press - akhbar pertama membongkar skandal ini telah disingkirkan dari jawatan mereka kerana tersilap melaporkan bahawa wanita dalam klip video itu adalah warga China.
Dalam siasatan umum yang dilakukan pada Disember lalu, lance korperal Mohd Suhaimi Nordin dari balai polis daerah Petaling Jaya memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa rakan sekerjanya konstable Dzulfatah Saari menunjukkan klip video itu kepadanya.
Dzulfatah bagaimanapun menafikan dakwaan Suhaimi dengan menuduh dirinya cuba dianiaya.
Suruhanjaya yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah itu telah mengenalpasti wanita dalam rakaman itu orang Melayu tempatan.
Laporan siasatan suruhanjaya itu telah diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin lalu..
Orang ramai boleh membeli laporan itu di Kementerian Dalam Negeri pada Isnin depan. Berita asal

