Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
2 tahun gubal undang-undang pembiayaan politik - Abu Kassim

Kerajaan memberi tempoh dua tahun dari sekarang sehingga akhir 2020 untuk menggubal undang-undang pembiayaan politik yang pertama di negara ini, kata ketua pengarah Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (GIACC).

Abu Kassim Mohamed berkata penggubalan undang-undang itu adalah antara keutamaan dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP), yang dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 29 Jan.

"Maksimum dua tahun, tapi kita akan buat secepat mungkin berdasarkan keadaan yang ada sekarang, kita telah menetapkan ia akan jadi salah satu keutamaan, malah kita telah meletakkan antara 22 keutamaan daripada 115 inisiatif yang ada.

"Sebelum dua tahun akan siap satu bill. Boleh jadi dalam 6 bulan hingga satu tahun bergantung sejauh mana kita dapat buat engagement dengan semua pihak. Kita tak mahu buat tergesa-gesa kerana undang-undang ini cukup penting," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pada Isnin.

Asasnya ketelusan

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu juga menyentuh mengenai isu tadbir urus politik yang mana beliau menggambarkan sebagai salah satu aspek paling penting dalam memerangi rasuah dan memastikan integriti dalam sektor awam.

 Undang-undang untuk mengawal pembiayaan politik telah lama dibahaskan dan banyak pihak  berpendapat ia akan menghentikan amalan rasuah yang berpunca daripada lobi ahli politik.

Menjelaskan beliau tidak boleh mendedahkan dengan terpeinci memandangkan deraf rang undang-undang pembiayaan politik itu masih berjalan, Abu Kassim menegaskan bahawa ketelusan adalah prinsip asasnya.

"Prinsip yang dipakai ialah ketelusan, itu yang paling penting, ketelusan. Kalau you dapat duit, masuk akaun, bukannya duit masuk diri sendiri, tak boleh.

"Kita tak mahu political funding ni diguna untuk mengaut berapa banyak projek yang ada, atau jadi proksi-proksi orang untuk dapat projek lepas tu ketelusan, you dapat declare, itu yang paling penting.

"Kalau duit tu tau di mana penggunaannya, di mana dapat, siapa bagi, itu dapat mengurangkan penyalahgunaan sistem yang ada," katanya.

Abu Kassim juga menyatakan GIACC telah mengadakan banyak sesi dialog dengan pihak berkepentingan dalam merangka rang undang-undang itu dan kini sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk memuktamadkannya.

Lihat Komen
ADS