Universiti Malaya telah mencatatkan kedudukannya dalam 'Emerging Economies Rankings 2019 Times Higher Education (THE)' dengan meningkat sembilan anak tangga untuk menyertai kedudukan ke-18 dengan Universiti Tongji China.
Mengikut satu kenyataan, Universiti Malaya dikreditkan sebagai institusi dengan peningkatan tertinggi dalam senarai 20 teratas tahun ini, dengan mencatatkan penambahbaikan markah dalam semua lima kategori penilaian - pengajaran, penyelidikan,pandangan antarabangsa, citations dan pendapatan industri.
Keseluruhan ranking 2019 termasuk hampir 450 universiti - berkembang dari 378 tahun lepas - dari 43 negara di empat benua.
Dalam satu kenyataan, THE Global Rankings Editor Ellie Bothwell menggambarkan Malaysia sebagai kisah kejayaan, dengan penambahbaikan yang ditunjukkan oleh institusi pengajian tingginya.
"Negara ini pesat berkembang menjadi hub pelajar antarabangsa dan reform bertujuan memberikan pelajar lebih banyak kebebasan politik - dan universitinya lebih autonomi - dialu-alukan.
"Bagaimanapun, pemotongan dana untuk pendidikan tinggi menimbulkan ancaman kepada kejayaan negara pada masa akan datang," kata Bothwell.
"Malaysia mesti memastikan bahawa universitinya menerima pelaburan yang mencukupi untuk bersaing dalam pasaran pendidikan tingi global yang kompetitif," katanya.
Selain UM, Universiti Teknologi Petronas juga meningkat 17 anak tangga untuk menyertai 60 teratas, dengan penambahbaikan yang diperhatikan dalam semua bidang kecuali pendapatan industri.
Universiti Teknologi Malaysia melonjak 15 kedudukan ke tempat 86, juga disebabkan kemajuan dalam setiap lima bidang utama.
Di peringkat global, China mendominasi kedudukan 2019 dengan 72 institutsi, naik daripada 63 institutis tahun lepas. Universitinya juga berada di kedudukan lima teratas.
