Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PRK CAMERON | Calon Pakatan Harapan M Manogaran melawat di pasar pagi Bukit Betong, Sungai Koyan dan bersalaman bersama pengundi.

Beliau dilihat lebih selesa melemparkan senyuman dan bersalaman dengan penduduk di situ berbanding berbual dengan mereka ketika berkempen.

"Sokong (calon) yang mana boleh bantu," kata Manogaran kepada penduduk di situ.

Wanita Amanah (Awan) Pahang yang turut bersama dalam lawatan tersebut memperkenalkan Manogaran sebagai calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kali ini kepada penduduk setempat yang majoriti terdiri daripada kaum Melayu.

Selain memperkenalkan Manogaran kepada mereka, salah seorang anggota Awan meyakinkan penduduk bahawa tiada isu perkauman antara Melayu, India ataupun bangsa lain.

Pengundi Melayu di parlimen Cameron Highlands merupakan majoriti dengan 34 peratus undi, manakala Orang Asli sebanyak 22 peratus, kaum Cina 30 peratus dan India 15 peratus.

 

Lihat Komen
ADS