GLOBAL Pasukan keselamatan Kenya telah membunuh semua militan Somalia yang menyerbu sebuah komplek hotel di Nairobi, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang dan memaksa beratus orang bertempiaran melarikan diri, kata kerajaan pada hari Rabu.

Nasib lima puluh orang yang dipercaya berada dalam kompleks itu masih tidak diketahui pada petang Rabu, kata Pasukan Bulan Sabit Kenya, menimbulkan kemungkinan lebih ramai yang terkorban.

Mayat lima penyerang disiarkan di laman sosial ketika Presiden Uhuru Kenyatta mengumumkan berakhirnya insiden iu yang mengingatkan kepada satu serangan pada 2013 yang membunuh 67 orang di pusat membeli-belah Westgate di daerah yang sama.

Kumpulan Somali al Shabaab, afiliasi al Qaeda untuk menegakkan perundangan Islam yang ketat, mengatakan mereka melancarkan serangan iu sebagai tindak balas terthadap keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel.

"Operasi keselamatan ... sudah berakhir dan semua pengganas dihapuskan," kata Kenyatta dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen.

Kenyatta tidak menyatakan berapa ramai penyerang itu, tetapi klip CCTV menunjukkan sekurang-kurangnya lima orang yang berpakaian hitam.

Seorang militan keliharan dalam satu klip sedang menunggu di luar sebuah restoran sebelum meletupkan dirinya sejurus selepas pukul 3 petang (1200 GMT).

Letupan lain, dekat pintu masuk, mungkin bom tangan, membakar tiga kereta sebelum empat lelaki lalu dengan melepaskan tembakan rifel dan berpecah kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan memasuki bangunan pejabat berdekatan, di mana mereka meninggalkan bom tangan di lobi, kata seorang anggota keselamatan kepada Reuters.

Kemudian mereka menembak elevator dan pejabat ketika mereka mencari mangsa hingga ke tingkat keenam. Kumpulan lain mengeledah restoran sambil melepaskan tembakan.

Akhirnya, anggota militan itu bersembunyai di tingkat atas hotel dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang melarikan diri, katanya.

Enam belas warga Kenya - termasuk seorang pegawai polis - seorang warga Amerika dan seorang pekerja pembangunan British adalah antara mangsanya, kata ketua polis Joseph Boinnet.

Tiga lagi mangsa berasal dari Afrika tetapi kewarganegaraan mereka tidak diketahui, katanya.

Beberapa mangsa sedang makan di restoran Secret Garden ketika kejadian itu.

[Baca berita penuh]