PM May selamat undi tidak percaya, ikrar selesaikan isu Brexit
GLOBAL Perdana Menteri Theresa May selamat undi tidak percaya di Parlimen Britain pada hari Rabu dan kemudian merayu kepada Ahli Parlimen untuk bersama-sama memecahkan kebuntuan berkaiatan Brexit.
325 Ahli Parlimen mengundi mempunyai keyakinan terhadap kerajaan May.
Selepas keputusan itu diumumkan disambut tepukan Ahli Parlimen Konservatif, May berkata beliau percaya Parlimen mempunyai tugas untuk mencari penyelesaian berhubung referandum mengenai Brexit.
May kemudiannya bertemu dengan beberapa pemimpin parti, tetapi pemimpin utama pembangkang, dari parti Buruh, Jeremy Corbyn, enggan mengadakan perbincangan.
Parti-parti pembangkang yang lain menulis kepada Corbyn selepas pengundian undi tidak percaya itu, menuntutnya menyokong referendum kedua yang parti Buruh bersetuju dipertimbangkan jika tidak berjaya memaksa pilihan raya nasional diadakan.
Bagaimanapun, beliau dan tokoh politik kanan yang lain bimbang menghentikan Brexit akan meminggirkan 17.4 juta orang yang mengundi menyokong Brexit.

