Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MBPP diarah siasat isu lambang salib pada bangunan

Majlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menyiasat dakwaan berkaitan paparan lambang salib besar di sebuah pangsapuri di Jelutong.

Arahan itu dikeluarkan selepas PAS mendakwa salah seorang pengasas syarikat pemaju terlibat dalam kumpulan perniagaan Kristian yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Diminta mengulas perkara itu hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow menjawab:

“Exco negeri akan arahkan MBPP siasat.”

Sementara itu, seorang jurucakap BBPP memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya akan mengarahkan pemaju menyelesaikan itu itu sebelum bangunan itu siap.

Katanya, bangunan itu sudah 80 peratus siap.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan semalam mendakwa pemaju bangunan pemaju bangunan itu terlibat dalam Nehemiah Project (Biblical Entrepreneurship) dan giat mempromosikan agenda kristianisasi

Pemimpin PAS itu merujuk kepada Annie Choo yang dinamakan projek itu sebagai "rookie of the year" bagi tahun 2015, menurut Facebook syarikat itu.

Halaman Facebook itu tidak lagi dapat diakses selepas Malaysiakini menyiarkan laporan berkaitan.

Malaysiakini masih belum menerima maklum balas daripada Nova Mulia mengenai dakwaan Nasrudin ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS