Kit Siang mengadap pemangku Agong
Diterbitkan: Jan 17, 2019 4:22 PM | Dikemas kini: Jan 17, 2019 4:26 PM
Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima mengadap veteran DAP Lim Kit Siang.
Pengarah biro pendidikan politik parti itu Liew Chin Tong yang hadir sama berkata ini merupakan kali pertama Lim menghadap baginda yang juga sultan Perak.
“Rupa-rupanya mereka berdua gembira bertemu untuk berbincang hal ehwal semasa.
“Memang Tuanku penuh ilmu di dada dan tidak kedekut berkongsi pengetahuan baginda dengan kami,” kata Liew.
Turut hadir, kata Liew, ialah penasihat sultan yang juga bekas pengerusi Bernama Annuar Zaini, bekas ahli parlimen Sungai Benut Tawfik Ismail dan Pengarah Eksekutif Penang Institute Dr Ooi Kee Beng.

