Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
30 saksi akan dipanggil bagi inkues kematian Adib

Inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan didengar Mahkamah Koroner Shah Alam antara 11 Feb hingga 11 April.

Timbalan pendakwa raya yang mengendalikan inkues yang diketuai Hamdan Hamzah memberitahu mahkamah hari ini bahawa pihaknya akan memanggil 30 saksi bagi inkues berkenaan.

Ketika pengurusan kes hari ini, koroner Rofiah Mohamad juga mendapat makluman daripada timbalan pendakwa raya bahawa saksi berkenaan termasuklah enam pakar yang terdiri daripada doktor yang merawat kecederaan Muhammad Adib dan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Allahyarham.

Hamdan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya juga akan memanggil polis penyiasat yang mengendalikan kes Muhammad Adib, selain saksi dari kalangan orang awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Koroner juga meluluskan permohonan dua pihak mewakili keluarga Muhammad Adib - iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - sebagai pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan.

Selepas mendengar permohonan peguam, Rofiah menetapkan bahawa pihak berkepentingan akan dibenarkan menyoal siasat saksi dalam inkues itu

Koroner juga meluluskan permohonan peguam yang mewakili Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bertindak sebagai pemerhati dalam inkues itu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS