Ketuk ketampi berbogel: Anggota polis digantung perkhidmatan
Anggota polis yang merakam gambar wanita bogel melakukan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis, telah digantung perkhidmatannya, demikian menurut laporan akhbar hari ini.
Anggota polis yang merakam gambar wanita bogel melakukan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis, telah digantung perkhidmatannya, demikian menurut laporan akhbar hari ini.
Konstabel polis tersebut yang berumur 30-an dan sudah tiga tahun berkhidmat, boleh dipecat dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar Mingguan Malaysia.
"Pihak polis akan menyerahkan kes tersebut kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut apabila siasatan selesai," kata laporan itu yang memetik sumber-sumber.
Identiti anggota polis yang digantung itu tidak dapat didedah, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan.
Kemunculan klip video tersebut pada akhir tahun lalu, yang menunjukkan seorang wanita bogel melakukan ketuk ketampi di depan seorang anggota polis wanita, telah mencetuskan bantahan di seluruh negara.
Jejas hubungan
Wanita dalam klip video tersebut pada mulanya disangka rakyat China atau wanita tempatan keturunan Cina, sehingga mengakibatkan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia terjejas, manakala pelbagai pihak mendesak supaya kes itu disiasat.
Klip video tersebut yang dirakam dengan telefon bimbit, muncul selepas timbul tuduhan bahawa beberapa wanita rakyat China telah menjadi sasaran pihak berkuasa dan menerima layanan buruk dari pihak polis.
Tetapi apabila siasatan terbuka dijalankan, identiti wanita itu disahkan sebagi seorang wanita tempatan keturunan Melayu.
Siasatan tersebut yang dijalankan bulan lalu, juga diberitahu ianya amalan biasa tahanan diarah berbogel dan melakukan ketuk ketampi untuk mengeluarkan barang-barang yang disembunyi dalam anggota badan.
Hasil penuh siastaan tersebut akan dijual kepada orang ramai mulai hari ini.
Parti pembangkang di Malaysia dan pertubuhan wanita telah mendesak supaya dihentikan sama sekali amalan memaksa tahanan melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel, kerana menganggapnya sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan menjatuhkan martabat wanita.
Pihak polis pula memperrtahankannya dengan menyatakan, ia amalan biasa untuk mengeluarkan barang-barang seperti dadah yang disembunyi dalam bahagian badan, tetapi pakar-pakar perubatan dan badan-badan wanita pula menegaskan ianya tidak perlu.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.