Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penterjemah kes saman keluarga Altantuya dapat kelulusan mahkamah

Penterjemah yang diupah bagi membantu saman sivil RM100 juta keluarga Altantuya Shaariibuu mendapat kelulusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam mewakili Razak Baginda dan kerajaan sebelum ini mempertikai kelayakan Enkhjin Batbilig sebagai penterjemah.

Enkhjin, 31, tidak terlatih secara rasmi sebagai penterjemah atau mempunyai pengalaman dalam membuat terjemahan berhubung isu perundangan.

Bagaimanapun, warga Mongolia itu yang mempunyai terlatih dalam bidang perakaunan berkata dia pernah menjadi penterjemah untuk dia syarikat Mongolia secara rasmi dan tidak rasmi, dan pernah menterjemah laporan kewangan.

Enkhjin juga menjelaskan bahawa dia mengambil pengajiannya termasuk dalam Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dalam bahasa Inggeris di Sunway University.

Sementara itu, pihak pembelaan pula mempertikaikan integriti Enkhjin yang telah meluangkan dua jam bersama keluarga Altantuya dan peguamnya semalam.

Enkhjin bagaimanapun berkata dia tidak membuat sebarang interaksi dengan palintif selain membaca kenyataan kesaksian mereka.

Dia juga berkata peguam plaintif dari firma Karpal Singh & Co hanya memberi taklimat ringkas kepadanya berhubung istilah perundangan dan prosedur menghakimi mahkamah.

Plaintif diwakili peguam Ramkarpal Singh menyifatkan dakwaan pihak pembelaan serius tapi 'basi'.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan Enkhjin layak sebagai penterjemah.

Vazeer juga menetapkan bahawa perjumpaan Enkhjin dengan plaintif dan peguam plaintif tidak mempengaruhi integriti Enkhjin.

Hakim mengarahkan Enkhjin untuk memasukkan terjemahan bahasa Mongolia bagi perkataan Inggeris dalam kepada kenyataan kesaksian plaintif yang boleh diteliti oleh pihak pembelaan.

Perbicaraan bersambung esok, dengan ayah Altantuya, Setev Shaariibuu dijangka memberi keterangan.

Razak yang merupakan bekas kekasih Altantuta diwakili Manjit Singh Dhilon, sementara timbalan pendakwa raya Norina Bahadun mewakili kerajaan.

Dua individu lain yang dinamakan dalam saman itu ialah bekas komando polis Azilah Hadri dan SIrul Azhar Umar yang tidak diwakili peguam.

Setev dan dua anaknya memfailkan saman sivil itu pada 2007, setahun selepas kematian Altantuya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS