Artikel 121 terletak ditangan kerajaan, kata Dr Mahathir
Keputusan sama ada Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa kepada mahkamah sivil untuk membicarakan perkara-perkara yang membabitkan Islam perlu dikaji, terletak di tangan kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Keputusan sama ada Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa kepada mahkamah sivil untuk membicarakan perkara-perkara yang membabitkan Islam perlu dikaji, terletak di tangan kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Walaupun orang ramai boleh menggesa supaya ia dikaji semula, biasanya kerajaan mempunyai kata putus mengenainya," kata bekas Perdana Menteri itu ketika mengulas tentang isu semasa berhubung hak kaum bukan Islam.
Beliau berkata, oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang bebas, orang ramai boleh membuat pelbagai gesaan, namun kerajaan akan menentukan sekiranya perlembagaan perlu dipinda dalam usaha menyelesaikan masalah membabitkan agama.
Sebelum ini, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama di persidangan mengenai politik global dan senario ekonomi selepas 2020 di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut laporan Bernama, beliau percaya rakyat Malaysia perlu menyelesaikan persoalanan sama ada perlu untuk meminda atau tidak perlembagaan.
Dalam ucapannya di majlis tersebut, Dr Mahathir meramalkan suasana kepelbagaian etnik, pelbagai bahasa dan pelbagai agama merupakan gambaran utama kebanyakan negara di dunia selepas 2020, ekoran perkahwinan campur yang berpunca daripada pergerakan manusia yang lebih mudah disebabkan faktor globalisasi.
Senjata nuklear
"Bagaimanapun, persoalanan yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana negara-negara menangani masalah yang dibangkitkan suasana ini, dan bagi Malaysia, ia memiliki pelbagai pengalaman dalam menguruskan masyarakat pelbagai etnik, pelbagai bahasa dan pelbagai agama," katanya.
Dari segi ekonomi, beliau meramalkan, perubahan kemantapan ekonomi akan beralih ke Timur, bertumpu kepada Jepun, China, Korea dan India kerana mereka akan menjadi kuasa ekonomi yang hebat pada masa hadapan.
Menurutnya, Malaysia boleh mengambil peluang daripada keadaan ini untuk mengembangkan ekonominya.
Dr Mahathir seterusnya meramalkan lebih banyak senjata nuklear akan boleh diperolehi dalam dunia, memandangkan perlumbaan untuk membina senjata pemusnah secara besar-besaran masih berterusan.
Persidangan itu dianjurkan oleh Maju Group, sebuah syarikat yang terbabit dalam bidang pendidikan dan pengangkutan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.