GLOBAL l Amerika Syarikat sedang berusaha untuk memastikan hasil minyak Venezuela dipeolehi kepada pemimpin pembangkang dan presiden sementara Juan Guaido dan menyekat wang daripada sampai kepada Presiden Nicolas Maduro, kata pegawai tertinggi AS pada hari Khamis.

Walaupun kurang butiran terperinci, pengumuman itu memberi isyarat bahaw Washington bersedia bertindak melebihi langkah tradisi diplomatik dan mehu menyekat wang diperolehi kerajaan Maduro.

Langkah sedemikian ketara akan menguatkan lagi kedudukan Guaido, yang mengangkat sumpah sebagai ketua negara sementara pada hari Rabu dengan sokongan Washington dan negara-negara di rantau itu.

"Fokus kita hari ini ialah menyekat rejim tidak sah Maduro daripada sumber-umber pendapatan negara," kata penasihat keselamatan negara John Bolton kepada wartawan di Rumah Puteh.

"Kami berfikir sejajar dengan pengiktirafan Juan Guaido sebagai presiden sementara Venezuela dan semua perolehan itu seharusnya pergi kepada kerajaan yang sah."

Bolton menambah bahawa proses itu "sangat rumit" dan para pegawai masih mengkaji fungsi itu.

Kementerian Penerangan Venezuela tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen. Guaido tidak menjawab mesej yang diminta.

Sokongan Washington kepada Guaido mendorong Maduro, pemimpin Venezuela sejak tahun 2013, untuk memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat. Pada Khamis, beliau berkata beliau menutup kedutaan Venezuela di Washington serta semua konsulat negara itu di Amerika Syarikat.

[Baca berita penuh]

- Reuters