Perbicaraan 'El Chapo' dedahkan kisah cinta raja dadah itu
GLOBAL Pada hari biasa, raja dadah Mexico Joaquin "El Chapo" Guzman akan bangun pada tengah hari dan membuat panggilan semasa bersiar-siar di pergunungan negeri asalnya di Sinaloa, di mana dia bersembunyi, kata seorang saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan raja dadah itu baru-baru ini.
Kehidupan peribadi dan urusan perniagaan gangster itu diceritakan sejak pertengahan bulan November di sebuah mahkamah di New York, di mana Guzman menghadapi 17 pertuduhan jenayah dan kemungkinan berdepqn hukuman mati.
Pendakwa raya AS, yang mengatakan Guzman mengumpulkan kekayaan bernilai AS$14 bilion dengan sogokan, pembunuhan dan penyeludupan dadah, menguatkan lagi kes mereka dengn memanggil pegawai penguatkuasa undang-undang dan sekutu Guzman, termasuk seorang yang mengaku menjadi kekasihnya dan seorang lagi yang abangnya adalah antara sekutu utama Guzman.
Pihak pendakwaan juga mungkin menyelesaikan kesnya seawal Isnin, dan kemudian giliran peguambelanya pula yang mendakwa gangster berusia 61 tahun itu yang nama gelarannya bermaksud "Pendek" mempunyai peranan yang lebih kecil dalam Kartel Sinaloa, tidak seperti yang didakwa oleh pihak pendakwa.
- Reuters

