Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ECRL: K'jaan buat kenyataan rasmi minggu depan, kata Lim

Kabinet akan mengumumkan kenyataan rasmi mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM81 bilion pada minggu depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ketika menegaskan perkara itu hari ini, beliau turut menyifatkan pengumuman berkaitan sewajarnya dibuat dalam bentuk kenyataan bertulis kerana membabitkan sebuah projek mega.

"Maklumat mengenai projek itu akan diumumkan minggu depan dan saya berharap pihak media tidak memperbesarkannya...sila tunggu kenyataan rasmi,” katanya kepada pemberita di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

Malah, kata Lim, pihak kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia juga telah dimaklumkan mengenai tarikh pengumuman rasmi mengenai ECRL tersebut.

Akhbar The Straits Times Singapura baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia kini dalam proses mencari kontraktor baru bagi menerajui projek ECRL selepas membatalkan kontrak yang diberi kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Laporan yang memetik sumber itu berkata, Putrajaya juga berusaha untuk mengurangkan kos projek mega itu sehingga separuh daripada kos awal yang dianggarkan RM81 bilion.

-Bernama

Lihat Komen
ADS