Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabinet arah semua menteri tak buat kenyataan isu ECRL

Kabinet memutuskan agar semua menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan perbincangan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang berlangsung, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Jelas Lim, perkembangan "perbincangan sulit" antara kerajaan Malaysia dan China berhubung projek itu juga tidak akan dihebahkan kepada media buat masa ini.

"Isu ECRL dibincangkan (dalam mesyuarat) dan kabinet memutuskan untuk mengambil pendekatan seperti disarankan perdana menteri bahawa perkara itu masih dalam perbincangan.

"Kabinet juga memutuskan agar semua menteri tidak membuat pengumuman (berkaitan ECRL) kecuali perdana menteri," katanya.

Ditanya tentang tempoh perbincangan akan diadakan, Lim berkata: "Sudah tentu, kita ada timeframe tapi saya rasa biarlah kita ada perbincangan di antara dua kerajaan secara sulit.

"Saya rasa itu perkara biasa, perkara ini tidak harus dihebohkan dalam media," katanya.

[Berita lanjut menyusul]


Lihat Komen
ADS