Ketuk ketampi bogel: Noh Omar diberi surat tunjuk sebab
Terjemahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar yang dikecam hebat berhubung skandal wanita bogel melakukan ketuk ketampi dalam tahanan polis, diberi surat tunjuk sebab memintanya memberi penjelasan mengapa dia perlu mengekalkan jawatannya sekarang.
Terjemahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar yang dikecam hebat berhubung skandal wanita bogel melakukan ketuk ketampi dalam tahanan polis, diberi surat tunjuk sebab memintanya memberi penjelasan mengapa dia perlu mengekalkan jawatannya sekarang.
Bagaimanapun, surat tunjuk sebab itu bukan diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, tetapi oleh gabungan yang menamakan diri mereka "barisan tindakan tentang campurtangan politik dalam dalam media".
Surat tersebut diserahkan ke pejabat Noh di Putrajaya pagi ini. Barisan tersebut, kecewa dengan cara timbalan menteri itu menangani skandal tersebut.
Antaranya, Noh diminta menjelaskan mengapa beliau tidak memperbetulkan identiti sebenar wanita dalam skandal tersebut apabila empat akhbar
China Press, Utusan Malaysia, Berita Harian
dan
New Straits Times
melaporkan wanita itu rakyat China.
"Anda perlu menjelaskan mengapa kerakyatan wanita itu tidak disiasat dan diumumkan sepanjang tempoh tiga minggu dari 23 November hingga 13 Disember 2005 (apabila dia dikenalpasti sebagai rakyat tempatan)?" demikian menurut surat tersebut.
Barisan itu juga mahu Noh menjelaskan bagaimana beliau selaku timbalan menteri yang menjaga pasukan polis tidak mengetahui identiti wanita tersebut.
"Adakah ini menunjukkan bahawa maklumat itu disembunyi oleh pihak polis? Jika benar, adakah tindakan diambil terhadap pegawai polis terbabit.
"(Sebaliknya) jika pihak polis memberi maklumat mengenai identiti wanita itu kepada anda dan anda tidak mengumumkannya, adakah ini satu kecuaian di pihak anda dalam memenuhi tanggungjawab sebagai seorang timbalan menteri dan apakah motif menyembunyi maklumat itu daripada pengetahuan awam?" soalnya.
Pendakwaan terpilih?
Noh juga dibidas kerana menghantar surat tunjuk sebab kepada akhbar China Press kerana tersalah melaporkan identiti wanita itu sebagai rakyat China.
Dua editor akhbar tersebut kemudiannya meletakkan jawatan walaupun ia dibantah oleh pihak-pihak prihatin yang menyifatkannya satu percubaan kerajaan untuk 'menutup mulut' media.
"Kerajaan tidak patut campurtangan dalam operasi mana-mana media bagi melindungi kebebasan akhbar," kata barisan tersebut dalam surat berkenaan.
Ia juga bertanya mengapa hanya akhbar China Press yang menjadi sasaran sedangkan yang lainnya terlepas daripada sebarang tindakan.
Noh telah diberi tempoh 10 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut. Jika gagal berbuat demikian, beliau didesak supaya melepaskan jawatannya.
Ketika kemuncak skandal tersebut, timbalan menteri itu menjadi sasaran dan ditegur oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, apabila dia dilaporkan meminta rakyat asing yang tidak senang tinggal di sini, supaya balik ke negara masing-masing.
Noh bagaimanapun menyalahkan pihak media yang didakwanya telah salahfaham apa yang telah dikatakannya. Berita asal

