Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bekas wartawan, Joseph Tawie buat laporan polis terhadap Adun Gedong

Beberapa hari selepas disiasat susulan laporan polis yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gedong, Mohd Naroden Majais, bekas wartawan dari Sarawak, Joseph Tawie hari ini membuat laporan balas terhadap Naroden pula.

Pada hantaran Facebook bertarikh 28 Februari lalu, Joseph yang kini mengusahakan kebun kelapa pandan mendakwa Naroden telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengundang beberapa tuai (ketua) rumah panjang untuk kegiatan gotong-royong di ladang Adun itu.

Joseph mendakwa dengan berbuat demikian ia menjatuhkan air muka pemimpin Iban tersebut.

Adli Kiprawi, pegawai khas kepada Naroden mengesahkan Adun Gedong membuat laporan polis mengenai hantaran berkenaan.

Pada Sabtu lalu, Tawie mendakwa empat anggota polis menaiki dua kereta biasa ke rumahnya di Simunjan dan beliau diminta untuk ke balai polis di Kuching bagi direkodkan keterangannya.

Beliau diiringi dua buah kereta polis itu dalam perjalanan yang memakan masa dua jam ke Kuching dan mereka merekodkan kenyataannya selama dua jam sebelum melekannya sekitar jam 5 petang.

"Saya membuat laporan polis terhadap Naroden supaya polis boleh menyiasat beliau. Dan satu lagi untuk memberitahu bahawa cerita saya (pada hantaran Facebook) berdasarkan maklumat yang diberikan kepada saya oleh tuai rumah di Simunjan," katanya kepada Malaysiakini di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching hari ini.

Tawie berkata beliau akan membuat satu lagi laporan terhadap Naroden di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Khamis ini.

Beliau diwakili peguam See Chen How yang juga Adun Batu Lintang.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada para peguam yang menawarkan khidmat untuk mewakilinya.

"Saya menerima terlalu banyak tawaran daripada ramai peguam yang mahu memberikan khidmat mereka secara percuma. Saya merasa terharu apabila ramai orang menunjukkan sokongannya, ada yang tidak pernah saya jumpa pun.

"Mereka memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk tampil kehadapan dan membuat laporan polis," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS