Terjemahan Ancaman bom telah mengganggu perjalanan perbicaraan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Penguasa Mohd Rodzi Ismail, pihak polis dimaklumkan mengenai ancaman bom tersebut sejurus selepas jam 2 petang dan terus mengejarkan skuad pemusnah bom ke tempat kejadian.

Para hakim, peguam dan kakitangan mahkamah dilihat berhimpun di kawasan lapang di belakang bangunan mahkamah.

Seorang peguam berkata, mereka dimaklumkan oleh pihak polis mengenai ancaman bom itu dan diarahkan meninggal bangunan mahkamah.

Dalam siasatan

Polis membenarkan mereka masuk semula ke dalam bangunan itu kira-kira jam 3.40 petang selepas selesai menjalankan pemeriksaan.

"Sehingga, saya belum lagi menerima sebarang laporan mengenai sebarang objek yang disyaki, ditemui di situ, tetapi anggota polis masih menjalankan siasatan," kata Rodzi ketika dihubungi.

Bangunan tersebut menempatkan mahkamah tinggi yang mendengar permohonan S Kaliammal mendapatkan perintah untuk mengenepi keputusan Mahkamah Syariah yang memutuskan wira Everest, M Moorthy adalah seorang Islam. Berita asal