Paling Popular
Terkini
story images
story images

Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu, hari ini. 

Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu tiba di pekarangan bangunan SPRM Kelantan pada jam 10.20 pagi dengan memandu kereta sendiri.

Difahamkan kehadiran Nik Abduh itu bagi memberi keterangan berkait kes dana RM90 juta yang didakwa diterima beberapa pimpinan PAS daripada Umno.

Sebaik tiba di pintu utama pejabat SPRM tersebut, beliau bertanya kepada pengamal media yang berada di situ sama ada pejabat tersebut beroperasi atau tidak.

"Pejabat (SPRM) buka ke? " soalnya sebelum disambut jawapan 'buka' oleh rakan media.

Beliau berkemungkinan bertanya demikian susulan pintu utama pejabat SPRM tertutup rapi kerana pejabat agensi kerajaan tidak beroperasi secara rasmi hari ini di Kelantan.

Nik Abduh yang menaiki kereta Mercedes berwana hitam kemudiannya masuk ke kawasan parkir kenderaan dan disambut beberapa pegawai SPRM.

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung RM90 juta disyaki dari 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Isu tersebut dibangkitkan semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyaman Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brow berhubung dakwaan kes itu membuat keputusan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Penyelesaian itu antara lain menyebabkan artikel Sarawak Report yang mengandungi dakwaan itu tidak perlu dipadamkan.

Nik Abduh: Pengadu salah orang

Lihat Komen
ADS