Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno jual saham Utusan pada syarikat Aziz Sheikh Fadzir
Diterbitkan:  Feb 8, 2019 7:23 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Umno dilapor telah menamatkan penguasaan dalam Utusan Melayu (M) Berhad.

Ini susulan parti itu melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam syarikat itu, lapor Utusan Malaysia.

Dalam urus niaga itu, Umno melepaskan pegangan ke atas 35 juta unit sahamnya kepada Opulence Asia Sdn Bhd.

Opulence Asia ialah syarikat milik penuh Pengerusi Eksekutif Utusan Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Aziz pernah menjadi anggota parlimen Umno bagi kawasan Kulim-Bandar Baru.

Lihat Komen
ADS