Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq: Pemalsuan ijazah tindakan tak bermoral

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau secara peribadi melihat isu pemalsuan ijazah sebagai perbuatan tidak bermoral yang perlu ditolak.

"Saya punya pendirian secara peribadi tak kira mana-mana pihak pemalsuan ijazah, diploma adalah sesuatu yang tidak bermoral," katanya pada sidang media ketika lawatan kerja rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung, Sesapan Beranang hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung dakwaan pemalsuan ijazah beberapa pemimpin politik termasuk yang melibatkan Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya.

Berhubung dakwaan terhadap Marzuki yang juga merupakan Setiausaha Agung Bersatu, Syed Saddiq bagaimanapun menyerahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.

"Isu ini presiden parti (Bersatu, Muhyiddin Yassin) telah mengulasnya dan apa yang lebih penting serah kepada erdana Menteri Dr Mahathir untuk menentukan," katanya.

Laporan polis terhadap Marzuki sebelum ini mendakwa beliau tidak menamatkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Cambridge di UK.

Beliau kemudian menjelaskan ijazahnya daripada Cambridge International University (CIU) di AS.

Dalam kenyataannya, Marzuki mendakwa pengajian pada 2002 hingga 2005 itu diambilnya bagi membantu mengembangkan perniagaan perkapalan yang saya diusahakannya.

"(Ketika itu) Masyarakat Malaysia dan dunia masih belum membincangkan tentang akreditasi universiti secara meluas. Ketika itu belum ada sistem ranking yang terkenal dan tersusun seperti hari ini... Belum ada senarai universiti yang dikatakan 'bogus university'," kata Marzuki yang turut menyertakan salinan PDF ijazah dan transkrip universitinya.

Presiden MCA Wee Ka Siong bagaimanapun mempersoalkan dokumen berkenaan yang memaparkan gred bagi kesemua sembilan mata pelajaran serta purata nilai gred (GPA) Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya yang serupa dengan transkrip contoh.

Lihat Komen
ADS