BERITA Malaysiakini

Rafidah, Zeti antara ahli majlis ekonomi bagi tangani kos sara hidup

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council) yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Dalam satu kenyataan media, ia menjelaskan majlis itu ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

“Matlamat utama majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Majlis ini juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah,” katanya.

Pejabat Perdana menteri turut menyenaraikan senarai ahli-ahli majlis berkenaan.

Dr Mahathir Mohamad – Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis

Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Lim Guan Eng – Menteri Kewangan

Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Baru Bian – Menteri Kerja Raya

Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri

Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad

Professor Dr Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)

Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank

Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat

Shireen Ann Zaharah Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia

Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia

Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam

Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut MASA

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan berkuatkuasa serta merta manakala sekretariat bagi majlis itu adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.