Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Apa maksud Azmin orang Cameron tak bijak macam orang Semenyih’
Diterbitkan:  Feb 13, 2019 4:15 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak membidas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang mempersoalkan kepintaran pengundi Melayu di Cameron Highlands berbanding mereka di Semenyih.

“Semalam ada seorang yang kata Melayu di Semenyih tidak sama seperti di Cameron Highlands. Dia kata Melayu di Semenyih bukan 'Melayu' pekan.

“Apa maksud dia? Orang Cameron Highlands tak bijak macam orang Semenyih atau sebaliknya?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook petang ini.

Bercakap di Semenyih malam semalam, Azmin berkata pengundi Melayu di kawasan pilihan raya kecil itu tidak akan terpengaruh dengan kempen "bossku" Najib berbanding dengan mereka di Cameron Highlands.

Menteri hal ehwal ekonomi itu juga menggambarkan Najib sebagai "pencuriku" dan mencabar bekas perdana menteri itu untuk berkempen pada pilihan raya kecil Semenyih yang dijadualkan pada 2 Mac ini.

Menjawab ini, Najib menegaskan bahawa dia tidak pernah mengatakan bahawa dirinya akan berkempen di Semenyih.

“Dia juga mahu lihat jika Najib berani datang ke PRK Semenyih atau tidak. Eh, saya tak pernah kata saya akan turun berkempen untuk PRK Semenyih pun.

“Kalau saya ke Semenyih pun untuk lawat kawan-kawan lama. Cara tempat yang best untuk makan-makan bersama.

“Itupun satu kebetulan,” katanya.

Najib turut menyindir "kebetulan" luar biasa pemimpin Pakatan Harapan yang menyaksikan sembilan menteri kabinet melawat Semenyih dalam tempoh tiga hari lalu.

“Seperti "kebetulan" luar biasa level kena hadiah pertama Sports Toto dua kali berturut-turut...

“Jika sempat, saya juga ada hasrat untuk tengok air terjun serta main air di sana. Gerenti sejuk dan jernih kan?” soalnya sinis.

Lihat Komen
ADS