Adegan lompat parti sejak PRU-14 | Malaysiakini
 Laman Penjejak

Adegan lompat parti sejak PRU-14

Lee Long Hui, 15 Feb 2019 ()

Nota: Penjejak ini hanya tepat setakat 20 Feb, 2020.

Pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah lama melabuhkan tirainya, tetapi kedudukan kerusi di parlimen menyaksikan perubahan dari semasa ke semasa susulan perpecahan yang berlaku dalam BN.

BN yang memenangi 79 kerusi semasa PRU-14, kini hanya tinggal 41 kerusi selepas beberapa wakil rakyatnya meninggalkan parti dan menyertai parti lain - sama ada melompat ke Pakatan Harapan (PH) ataupun ke parti pembangkang yang lain.

Bagi memudahkan pembaca memahami perubahan kerusi dan pengaruhnya terhadap nisbah sokongan dalam Dewan Rakyat, Malaysiakini menerbitkan laman khas yang merekodkan setiap tindakan lompat parti.

GARIS MASA

Carta ini menunjukkan tarikh ahli parlimen melompat parti. Carta yang disusun mengikut tarikh ini juga dikategorikan mengikut kawasan di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

(Klik bulatan untuk perincian lanjut)

Mangsa yang paling terkesan dengan adegan lompat parti ini ialah Umno, yang kehilangan 17 kerusi parlimen. Lima daripadanya adalah dari Sabah.

Sebelum pemilihan Umno

Sebelum pemilihan kepimpinan Umno pada Jun 2018, dua anggota parlimen dari Perak- Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) adalah yang mula-mula meninggalkan Umno dan BN.

Kedua-duanya meluahkan rasa tidak puas terhadap cara pemilihan parti diadakan.

Selepas pemilihan Umno

Umno memilih Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden. Sehari selepas itu, Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) keluar daripada Umno.

Tindakan beliau diikuti oleh Mustapa Mohamed (Jeli), Anifah Aman (Kimanis) dan Rozman Isli (Labuan).

Mas Ermieyati dan Mustapa akhirnya menyertai Bersatu sementara Rozman menyertai Parti Warisan Sabah. Kedua-dua parti tersebut merupakan sebahagian daripada PH.

Gelombang ketiga berpaling tadah

Disember 2018 menyaksikan 11 anggota parlimen - lima dari Sabah - keluar daripada Umno kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan parti itu.

Situasi itu memaksa Zahid untuk menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan. Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan presiden.

Pada Feb 2019, Bersatu menerima Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) serta Rosol Wahid (Hulu Terengganu) Sebagai ahli parti.

Pada Mac 2019, Azizah Mohd Dun (Beaufort), Ronald Kiandee (Beluran), Abd Rahim Bakri (Kudat) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran) juga menyertai Bersatu.

Yamani Hafez Musa (Sipatang) menyertai Bersatu pada Sept 2019.

Lumpuhnya BN di Sabah dan Sarawak

Pada Jun 2018, empat parti komponen BN di Sarawak- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and the Progressive Democratic Party (PDP)- menarik diri daripada gabungan itu setelah bersama sejak 1974.

Kini, keempat-empat parti itu dikenali dengan nama baru iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kekuatan 18 ahli parlimen memandangkan Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat telah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mac 7, 2018.

Parti Sarawak Bersatu merupakan dulu dikenali sebagai United People's Party (UPP).

Di Sabah juga menyaksikan parti-parti komponen BN - Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) - meninggalkan gabungan itu.

PBS dan PBRS berganding bahu dengan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) bagi menubuhkan gabungan pembangkang yang dikenali sebagai Gabungan Bersatu Sabah (GBS). Secara keseluruhannya, GBS ada tiga anggota parlimen.

Upko yang mempunyai satu kerusi parlimen, bekerjasama dengan Warisan.

Sementara BN lumpuh di Sarawak, di Sabah pula Umno masih mempunyai seorang anggota parlimen - Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Imbangan kuasa

Kini, PH dan sekutunya Warisan and Upko mempunyai 139 jumlah kerusi di Dewan Rakyat. Mereka hanya kekurangan lagi sembilan kerusi untuk mencapai majoriti dua pertiga, iaitu jumlah majoriti yang diperlukan untuk meluluskan pindaan terhadap perlembagaan.

Secara kesuluruhan, BN dan PAS kini mempunyai 59 kerusi. Di belakang mereka ialah GPS sebagai gabungan pembangkang yang kedua terbesar dengan 18 kerusi, diikuti oleh GBS yang mempunyai 3 kerusi.

Dua ahli parlimen bebas Anifah Aman (Kimanis) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) masih belum mengisytiharkan sokongan mereka kepada mana-mana gabungan.

Kedudukan ketika ini

Sejurus selepas PRU-14, Umno merupakan parti yang mempunyai paling banyak kerusi parlimen iaitu 54. Sekarang pula, mereka mempunyai 38 kerusi, menjadikan mereka di tempat ketiga di belakang PKR dan DAP.

Perubahan bilangan anggota parlimen bagi setiap parti

*STAR menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah dengan PBRS dan PBS.

Dua lagi parti komponen BN, MCA dan MIC, masing-masing mempunyai dua dan satu kerusi parlimen.

Ada tiga anggota parlimen yang memenangi kerusi masing-masing sebagai calon bebas semasa PRU-14. Mereka ialah Larry Sng (Julau), P Prabakaran (Batu) dan Jugah Ak Muyang (Lubok Antu). Ketiga-tiga menyertai PKR sejurus selepas PRU-14.

Upko keluar daripada BN dan bekerjasama dengan Warisan sejurus selepas PRU-14. Upko ada satu anggota parlimen- Wilfred Madius Tangau (Tuaran).

Daripada 17 anggota parlimen yang berhenti daripada Umno setakat ini, 14 menyertai Bersatu dan seorang lagi menyertai Warisan. Semua anggota parlimen bebas kini adalah bekas anggota Umno.

Kongsikan

Komen