Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin menjelaskan beliau tidak pernah menyatakan sebahagian daripada kawasan paya bakau Sungai Pulai bukan lagi hutan simpan semenjak 2017.

Beliau dipetik berkata demikian dalam laporan The Malaysian Insight hari ini.

"Saya tidak mengesahkan apa-apa (kepada pemberita berkenaan). Saya tidak ada maklumat [...]

"Apa yang saya sebut adalah kami (Adun DAP) telah mendedahkan mengenai projek (resort golf) itu dua tahun lalu," katanya kepada Malaysiakini.

Forest City Golf Resort merupakan projek padang golf yang dipersoalkan itu. Menurut penelitian Malaysiakini terhadap dokumen rasmi, Forest City Golf Resort dibina di atas sebahagian hutan bakau Sungai Pulai.

Kompleks bakau seluruh Sungai Pulai - yang terbesar di negara ini - diwartakan sebagai hutan simpan pada tahun 1962.

Ia diiktiraf sebagai tanah lembap kepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar.


BACA BERKAITAN:

Laporan khas: Padang golf di hutan simpan

Peka gesa k'jaan kaji semula pembangunan di hutan simpan bakau



Sementara itu, Pengarah Strategik Country Garden Pacificview Sdn Bhd, Ng Zhu Hann memberitahu Malaysiakini beliau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada The Malaysian Insight.

Ng juga dipetik dalam laporan The Malaysian Insight yang sama dengan Tan.

Country Garden Pacificview Sdn Bhd merupakan pemilik resort golf berkenaan.

Pada akhir Januari, Malaysiakini telah menghubungi Ng dan wakil-wakil lain dengan senarai soalan mengenai Forest City berkaitan isu tanah, tarikh permulaan projek dan juga maklumat mengenai Laporan Terperinci Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEIA).

Pejabat Forest City tidak menjawab pertanyaan tersebut. Malaysiakini berkomunikasi dengan Ng semalam tetapi beliau tidak dapat mengeluarkan kenyataan pada masa itu.

[Baca berita penuh]


Nota editor: Versi asal artikel ini menyiarkan komen yang dibuat pegawai Country Garden Pacificview Sdn Bhd yang dipetik dalam laporan The Malaysian Insight. Pegawai itu menafikan telah membuat kenyataan itu. Artikel ini telah diedit untuk disesuaikan dengan penafian tersebut.


Lihat Komen
ADS