Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hutan Simpan Sg Pulai: Putrajaya tak puas hati tapi terikat - Xavier

Putrajaya telah menyatakan ketidakpuasannya kepada kerajaan Johor mengenai sebahagian daripada Hutan Simpan Sungai Pulai yang menjadi Forest City Golf Resort.

Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, pentadbiran persekutuan tidak berkuasa melakukan apa-apa terhadap pencerobohan itu.

"Ia telah dilakukan, jadi apa yang anda mahu (kami) buat? Kami di peringkat kerajaan persekutuan tidak mempunyai undang-undang yang boleh kita gunakan untuk mengambil tindakan di peringkat negeri.

"Kami cuma berperanan sebagai penasihat dalam hal tanah negeri, kami cuma menasihati mereka dan kami telah memanggil mereka.

"Kita hanya dapat menyatakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Semenyih.


BACA BERKAITAN:

Laporan khas: Padang golf di hutan simpan

Peka gesa k'jaan kaji semula pembangunan di hutan simpan bakau


Walau bagaimanapun, Xavier menegaskan Putrajaya telah membangkitkan isu pembinaan dua padang golf baru Forest City.

Hutan Simpan Sungai Pulai, yang menyokong kepelbagaian biologi pelbagai spesies bakau dan haiwan, telah diwartakan pada tahun 1962.

Pada tahun 2003, ia telah dikenal pasti sebagai tanah lembap kepentingan antarabangsa dan diletakkan di dalam Senarai Ramsar. Malaysia telah memeterai dan mengiktiraf Konvensyen Ramsar.

Dalam satu laporan khas, Malaysiakini menegaskan bahawa Forest City Golf Resort dibina di kawasan yang merupakan sebahagian daripada hutan simpan berkenaan.

Beliau turut berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad maklum mengenai isu ini.

"Saya fikir perdana menteri sangat mengambil berat mengenai perkara ini dan beliau telah memberitahu kami untuk meneliti cara bagaimana untuk lebih menyuarakan berkaitan menangani (masalah) penebangan hutan," katanya.

Jelasnya, menteri besar dan ketua menteri perlu sedar penebangan hutan yang beterusan akan memberi kesan terhadap industir minyak sawit Malaysia.

"Ia mengenai kelangsungan industri minyak sawit dalam negara.

"Jadi ia kepentingan nasional, mereka perlu faham hal ini," katanya menjelaskan kerajaan sedang berusaha melawan lobi antiminyak sawit di Eropah.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS