Kebanjiran rakyat asing: NGO Sabah lancar kempen tandatangan
Terjemahan Pertambahan mendadak rakyat Sabah kini membimbangkan dan mendorongkan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) menimbang melancarkan kempen tandatangan mendesak kerajaan pusat menubuhkan segera suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara itu.
Terjemahan Pertambahan mendadak rakyat Sabah kini membimbangkan dan mendorongkan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) menimbang melancarkan kempen tandatangan mendesak kerajaan pusat menubuhkan segera suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara itu.
Mereka berharap dapat mengumpul sekurang-kurangnya 200,000 tandatangan di semua kampung dan bandar di negeri itu, yang bersempadan dengan wilayah Selatan Filipina dan Kalimantan Barat, Indonesia.
Rancangan melancarkan kempen tersebut tercetus di tengah-tengah kebimbangan 'penduduk asal' sekiranya sesuatu tidak dilakukan, hak mereka akan terjejas dan menimbulkan keadaan tidak menentu di negeri itu.
Menurut mereka, pertambahan mendadak penduduk adalah berpunca daripada dasar menerima kehadiran rakyat dari negeri jiran yang jumlahnya, jika tidak diambil kira akan melebihi penduduk tempatan.
'Kami jadi minoriti'
Seorang aktivis terkemuka di Sabah, Patrick Sindu memberitahu malaysiakini hari ini, beliau dan pemimpin badan-badan NGO tempatan akan mengumpulkan tandatangan, termasuk dari pemimpin Barisan Nasional.
Menurutnya, jumlah penduduk Sabah kini meningkat mencecah 3.3 juta dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat tempatan, terutama berhubung hak mereka terhadap tanah adat.
Berikutan pergolakan membabitkan puak pemisah Moro di selatan Filipina dalam tahun 60-an dan 70-an, jumlah penduduk Sabah meningkat daripada 653,000 pada 1970 kepada 955,712 termasuk 160,000 bukan rakyat Malaysia pada 1980.
Bancian 1991 menunjukkan jumlah penduduk seramai 1.7 juta dengan 423,000 daripadanya bukan rakyat Malaysia dan bancian terakhir pada 2000 menunjukkan jumlah penduduk Sabah meningkat kepada 2.6 juga (menurun daripada jumlah asal 3.1 juta) termasuk 615,000 bukan rakyat Malaysia.
"Adalah dianggarkan, jumlah penduduk sekarang adalah antara 3.2 dan 3.3 juta, dengan sekurang-kurangnya 1.5 juta bukan rakyat Malaysia dan mereka yang diberi kerakyatan serta keistimewaan, sebahagian besarnya, Bumiputera," kata aktivis Joshua Kong.
"Dalam lain perkataan, penduduk asal Sabah kini sudah menjadi golongan minoriti di negeri mereka sendiri, manakala rakyat asing menjadi penghuni dan mendapat keistimewaan," tambahnya.
Kong berkata, sikap perikemanusiaan telah dijadikan kesempatan dalam pertimbangan politik dalam negeri dan kedaan ini, tegasnya, boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.
Sokongan kuat
Sindu, yang juga Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkata, beliau terpanggil untuk melancarkan kempen tersebut berikutan galakan dan sokongan daripada para pemimpin BN dan tokoh-tokoh terkemuka.
Menurut aktivis tersebut, kumpulan NGO tersebut juga berharap akan memperolehi tandatangan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.
"Ahli-ahli Parlimen (yang menyokong kempen ini) berkata, mereka akan terus membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika kempen ini gagal mendapatkan perhatian kerajaan pusat untuk bertindak, kumpulan NGO tersebut mempunyai strategi alternatif.
"Kita mesti berbincang dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menganjurkan satu persidangan mengenai kerakyatan dan hak memiliki tanah di Sabah pada tahun ini.
"Saya telah berbincang dengan dua Pesuruhjaya Suhakam (bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah) Tan Sri Simon Sipaun dan Datuk Dr Hamdan Adnan mengenai perkara itu," katan Sindu.
Beliau juga mendakwa, ada rakyat asing yang "merampas" tanah negeri untuk kegiatan pembalakan haram.
Sementara itu, Kong, yang telah menghasilkan beberapa buah buku berkata, suruhanjaya itu jika ditubuhkan juga perlu menyiasatkan siapakah yang mengeluarkan banyak kad pengenalan kepada rakyat asing.
Rakyat asing, sebahagian besarnya penduduk Islam dari selatan Filipina dan Kalimantan Timur, bekerja di ladang dan sektor pembinaan. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.