Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pegawai menteri tak puas hati liputan RTM
Diterbitkan:  Feb 17, 2019 11:43 PM
Dikemaskini: Feb 18, 2019 3:33 AM

Seorang pembantu menteri hari ini mempersoalkan kemungkinan stesen penyiaran kerajaan, RTM, mensabotaj kerajaan persekutuan.

Kenyataan itu dibuat Lim Swee Kuan selepas RTM tidak menyiarkan laporan mengenai bosnya, Anthony Loke, yang juga menteri pengangkutan.

Kata Lim, selain Loke, RTM juga tidak melaporkan sebarang berita mengenai Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan yang diadakan di Seremban malam ini.

Untuk rekod Loke ialah anggota parlimen Seremban.

"Tak ada satu patah perkataan ucapan Aminuddin dan Loke Siew Fook disiarkan [...] apakah ini kalau bukan sabotaj?

"Tindakan mesti diambil terhadap kemungkinan besar langkah sabotaj ke atas pentadbiran kerajaan ini," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya surat aduan akan dihantar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang bertanggungjawab ke atas stesen penyiaran berkenaan.

Sambutan rumah terbuka itu diadakan di Dataran Sentrio, Seremban dan dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, timbalannya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta anggota kabinet.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS