Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar tak layan dakwaan pembelotan
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 2:03 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Presiden PKR, Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan tentang spekulasi bahawa terdapat dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang mungkin merancang pembelotan terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Menurut portal Utusan Malaysia, Anwar yang ditemui selepas majlis Syarahan Darul Ehsan di Universiti Selangor (Unisel), hari ini, enggan melayan pendedahan oleh Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan itu.

"Saya tak nak layan kerana dalam hubungan saya dengan perdana menteri, perkara ini tidak berbangkit dan tidak penah dibangkitkan dalam Pakatan Harapan," katanya.

Takiyuddin pada sidang akhbar semalam, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, persetujuan bertulis parti itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Menurut Takiyuddin, PAS merasakan ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap tentang sekutunya dalam PH.

Justeru, katanya, sebab itulah PAS berikrar memberi sokongan kepada beliau ketika pertemuan dengan Abdul Hadi pada Jumaat lalu.

Sehari selepas pertemuan itu, Mahathir mendakwa PAS membuat keputusan untuk tidak menyokong BN dalam PRK Semenyih.

Penjelasan itu susulan dakwaan Dr Mahathir bahawa PAS tidak akan menyokong Umno di Semenyih dan perakuan tersebut disebut jelas perdana menteri dibuat secara lisan dan bertulis.

Lihat Komen
ADS