SIA untung bersih RM800 juta dalam suku ketiga
Singapore Airlines (SIA) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak S$397 juta (kira-kira RM794 juta) pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2005.
Singapore Airlines (SIA) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak S$397 juta (kira-kira RM794 juta) pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2005.
Untung bersih itu diperolehi hasil pendapatan sebanyak S$3.55 bilion (RM7 bilion) S$355 juta (RM700 juta) atau 11.1 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama sebelumnya.
Menurut SIA, ini berikutan peningkatan dalam jumlah pengangkutan dan hasil bagi operasi penumpang dan kargo.
Bagaimanapun, Bernama melaporkan, keuntungan bersih menurun sebanyak S$68 juta (RM136 juta) atau 14.6 peratus berbanding tahun sebelumnya berikutan kos minyak yang tinggi.
Keuntungan operasi kumpulan adalah sebanyak S$375 juta (RM794 juta) dalam suku tersebut, kurang S$38 juta (RM76 juta) atau 9.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, berikutan peningkatan dalam perbelanjaan yang mengatasi peningkatan pendapatan.
"Perbelanjaan kumpulan bagi minyak meningkat 49.2 peratus kepada S$1.18 bilion (RM2.36 bilion)," kata SIA dalam satu kenyataan.
Minyak melibatkan sehingga 37.2 peratus daripada perbelanjaan kumpulan itu meningkat sehingga 28.4 peratus dari suku yang sama pada tahun sebelumnya di mana peningkatan harga minyak sendiri telah menyebabkan pertambahan S$243 juta (RM486 juta) kepada perbelanjaan kumpulan.
Bilangan penumpang
Bilangan penumpang yang dibawa dalam suku ketiga adalah 4,364 juta, naik 3.9 peratus berbanding setahun lalu rekod tertinggi bagi mana-mana suku manakala SIA Cargo membawa 9.7 peratus lebih muatan (dalam kilometer tan) berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
SIA berkata, harapan bagi industri penerbangan pada tahun 2006 adalah menggalakkan berikutan ramalan ekonomi bagi pasaran-pasaran utama tetapi harga minyak terus menjadi perhatian kumpulan tersebut.
"Dari segi persaingan, penerbangan baru dan yang telah wujud akan terus bersaing dalam pasaran. Singapore Airlines akan terus memberikan respon terhadap cabaran dan menjadi kompetitif," kata kenyataan tersebut.
SIA juga merancang untuk menjadi yang pertama terbang dengan pesawat Airbus A380-800 yang baru dan memperkenalkan pesawat Boeing B777-300ER hujung tahun ini.
SIA akan menerima dua Airbus A380-800 dan enam Boeing 777-300ER selain menempah enam B747-400s pada tahun 2006, sekaligus meningkatkan keupayaan operasi mereka kepada 92 pesawat penumpang tahun ini.
Pesawat Airbus A380-800 dan Boeing 777-300ER pertama dijangka diterima pada bulan November ini.

