Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu kepimpinan Bersatu Perak diatasi lepas PRK Semenyih

Isu kepemimpinan Bersatu Perak yang menyaksikan beberapa pemimpin di peringkat bahagian mahu pengerusi mereka, Ahmad Faizal Azumu, digantikan bakal diatasi selepas ini.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata semua pihak diarah untuk memberikan perhatian kepada PRK Semenyih dan isu di Perak akan ditangani selepas itu.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Malah kata Muhyiddin isu kepemimpinan pernah dialami Bersatu Negeri Sembilan.

"Jadi apabila kita habis PRK, kami akan tangani isu di Perak secara berasingan.

"Kami tak mahu mengalih perhatian (kerana) masalah yang ada di sana (Perak) cuma masalah kecil. Ini (di Semenyih) cabaran lebih besar," katanya kepada media di Beranang hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Ketua Bersatu Bukit Gantang, Shaharuddin Rashid, meminta Bersatu menggantikan Ahmad Faizal sebagai pengerusi parti itu di Perak.

Tokoh yang dicadangkan Shaharuddin ialah Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin, yang baru menyertai Bersatu pada 12 Feb selepas melompat dari Umno pada 14 Dis lalu.

Untuk rekod, Ahmad Faizal ialah satu-satunya wakil rakyat Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Walaupun begitu beliau - yang juga pengerusi PH Perak - dilantik menjadi menteri besar.

Menurut Muhyiddin beliau juga sudah berhubung dengan Ahmad Faizal untuk menasihatinya agar beliau menguruskan situasi tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS