Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kabinet bincang isu komplot hakim, k'jaan curi duit rakyat, esok

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membawa isu komplot membabitkan ahli politik, sektor swasta dan hakim yang menipu untuk mencuri duit rakyat ke dalam mesyuarat kabinet, esok.

“Saya dah baca kes tersebut, saya rasa bukan saja saya, akan ada beberapa yang lain akan bawa perkara ini ke mesyuarat kabinet esok,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian kepada pemberita selepas sesi townhall parlimen Belia Malaysia (PBM) di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu beliau ditanya keperluan penubuhan suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat badan kehakiman berhubung perkara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata penting bagi kerajaan untuk "mengkaji" menubuhkan sebuah RCI, sambil menambah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga sedia mempertimbangkannya.

Pada 14 Februari lalu, Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer dalam satu afidavit mendedahkan terdapat hakim-hakim tertentu yang bersubahat membantu pihak swasta untuk menipu duit rakyat.

Selain itu, beliau dalam afidavitnya juga turut mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam perbicaraan kes Liwat II Anwar dan rayuan kes hasutan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.

Pada 18 Feb lalu, Hamid yang membuat dakwaan itu berkata enggan memberikan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya hanya akan memberi keterangan kepada pasukan khas untuk penubuhan RCI.

Lihat Komen
ADS