Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tangkap lelaki didakwa buat hantaran FB hina Nabi Muhammad

Seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui hantaran Facebook telah ditangkap, kata Ketua Polis Pahang Mohd Zakaria Ahmad.

Menurutnya, lelaki berusia 68 tahun itu dicekup pasukan polis di rumahnya di Mentakab, Pahang, pagi ini.

"Ya, polis telah menangkap seorang lelaki pagi ini di Mentakab.

"Dia ditahan bagi membantu siasatan susulan laporan polis di buat di Batu Pahat, Johor.

"Lelaki itu akan diserahkan kepada polis Batu Pahat untuk siasatan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Media sosial kecoh dengan kejadian itu sejak beberapa hari lalu selepas suatu hantaran Facebook yang ditanggapi sebagai menghina penganut Islam menjadi tular dengan tangkap layar hantaran itu dikongsi banyak kali.

Beberapa individu dan organisasi telah membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap hantaran berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS