Menteri Luar Saifuddin Abdullah menafikan ada meminta sumbangan wang daripada orang ramai.

"Salah satu aplikasi dalam telefon bimbit saya telah dikompromi (diceroboh). Ada orang yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai saya untuk minta wang.

"Saya telah melaporkan perkara ini kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perkara itu mahupun bagaimana aplikasi telefonnya telah digodam oleh pihak luar.