Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM, polis tak boleh siasat dakwaan Hamid Sultan, kata peguam

Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat dakwaan salah laku kehakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer, kata peguam Joy Appukuttan.

Joy yang mewakili Hamid Sultan berkata, ini kerana dakwaan itu berhubung dengan doktrin pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

"Parlimen pun dilarang membincangkan soal hakim kecuali melalui usul substantif yang memiliki proses rumit.

"Apatah lagi dengan polis dan SPRM. (Dakwaan Hamid) adalah untuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI). Perlu difahami bahawa kenyataan dalam afidavit Hamid adalah berkenaan salah laku kehakiman," katanya.

"Kita berdepan dengan perkara yang melangkaui polis dan SPRM," katanya lagi.

Isnin lalu, Hamid bersama Joy dan seorang lagi peguamnya, Mohd Haniff Khatri Abdulla, ketika SPRM menemuinya Isnin lalu.

Joy berkata tidak timbul soal Hamid Sultan enggan memberi keterangan kepada SPRM.

"Pertamanya, ia pertemuan tidak rasmi.

"(Dan) Ada laporan polis oleh ketua registrar (Mahkamah Persekutuan). Di situ terletaknya permulaan siasatan mereka," katanya lagi.

Pejabat ketua registrar Mahkamah Persekutuan dilaporkan membuat laporan polis berhubung pelbagai dakwaan yang dibuat Hamid melalui afidavit 65 halamannya, minggu lalu.

Ia dibuat sebagai sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman berhubung dua kejadian campurtangan dalam badan berkenaan.

Lihat Komen
ADS