Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam bekas pesuruhjaya SPR bantah pendengaran tribunal

Peguam yang mewakili empat bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghadapi tribunal kerana dakwaan salah laku dalam pilihan raya umum lepas telah menyuarakan bantahan terhadap pendengaran susulan yang ditetapkan pada 28 Februari ini.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan malam ini, peguam Shaharudin Ali, Mohd Khairul Azam Abd Aziz dan Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar berkata mereka akan mengajukan bantahan awal terhadap pendakwaan yang dijadualkan dalam beberapa hari mendatang.

Mereka mewakili bekas pesuruhjaya SPR Othman Mahmood, Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin dan Sulaiman Narawi.

Terdahulu awal hari ini, tribunal itu disahkan telah menghantar notis meminta semua pihak yang terlibat supaya hadir dalam penyerahan lisan Peguam Negara Tommy Thomas mengenai persoalan sama ada tribunal itu bersifat akademik atau tidak.

Notis itu juga telah dihantar kepada dua bekas pesuruhjaya SPR yang dituduh melakukan salah laku, K Bala Singam dan Leo Chong Cheong.

Menurut kenyataan bersama yang diwakili peguam, mereka berkata pendengaran susulan itu ditentang kerana AG didakwa menyalahgunakan proses tribunal itu.

Menurut peguam berkenaan dakwaan penyalahgunaan kuasa AG itu dijelaskan pada hari pertama prosiding oleh peguam M Puravalen yang dilantik oleh AG untuk membantu tribunal berkata prosiding tersebut hanya menjadi akademik kerana kesemua enam pesuruhjaya telah meletak jawatan.

"Peguam Negara perlu hadir sendiri di hadapan tribunal SPR untuk mengambil tanggung jawab terhadap tindakannya dan perbuatannya dalam membantah serahan undang-undang yang dibuat oleh Puravalen semasa pendengaran," kata peguam.

Sebelum ini, Thomas berhujah perkara itu bukan akademik dan berkata peletakan jawatan bekas pesuruhjaya SPR itu bertujuan dengan sengaja untuk menghalang sisatan tribunal tersebut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS