Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ekstradisi Jho Low tak dapat kerjasama lagi, kata Muhyiddin

Malaysia masih belum mendapatkan kerjasama dari negara berkenaan untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Jho Low di Malaysia, menurut Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

"Kementerian Dalam Negeri dah keluar satu waran tangkap dia punya visa kita dah rampas.

"Kita dah tahu dia kat mana tetapi kita tak boleh buat urusan bawa balik tangkap kecuali negara itu beri kerjasama.

"Kita dah adakan rundingan sampai hari ini kita belum dapat kesan tapi tahu dia kat mana," katanya ketika berucap pada suatu majlis ceramah di Semenyih malam ini.

Dilaporkan sebelum ini Malaysia sedang berurusan dengan China untuk membawa pulang ahli perniagaan itu. 

Tetapi ketiadaan perjanjian ekstradisi di antara kedua negara merumitkan keadaan mengenai hal ini.

Bulan lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah mengadakan mesyuarat bersama pihak berkuasa China bagi mengesan Low.

Low didakwa menjadi dalang skandal 1MDB yang menyaksikan lebih AS$4.5 bilion dilesapkan dari syarikat pelaburan negara itu.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya PH yang mengetuai kempen di Semenyih berkata kerajaan juga akan membuat pengumuman mengenai tol tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut hal itu.

Ini selepas Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim mencadangkan kerajaan menutup satu tol bagi meraih kemenangan di Semenyih.

Semalam, calon PSM Nik Aziz Afiq Abdul mengadakan tunjuk perasaan cara flashmob di Lebuh Raya Kajang-Seremban bagi membantah keputusan kerajaan mengekalkan tol.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS