Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan: PH perlu gelombang besar, bukan takat mansuh tol

PRK SEMENYIH | Bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim mendakwa kerajaan Pakatan Harapan perlu melakukan lebih daripada sekadar memansuhkan tol dan memberikan bantuan tunai RM100 kepada pelajar IPT bagi memenangi hati rakyat, terutamanya pengundi di Semenyih.

"Pihak kerajaan masih tak dapat selesaikan banyak perkara berbangkit berhubung permasalahan rakyat.

"Dalam keadaan gelombang ketidakpuasan hati... dia (PH) tak boleh selesaikan isu. Kalau nak selesai, dia tak boleh selesai macam itu kejap bagi tol, kejap bagi duit RM100," katanya kepada media tadi semalam.

Beliau hadir program yang dihadiri bekas perdana menteri Najib Razak di Kajang semalam.

Beliau menjelaskan kerajaan perlu mencipta "gelombang besar" bagi menyelesaikan gelombang ketidakpuasan hati orang ramai.

"Kalau kamu nak selesai, kamu kena selesaikan dengan gelombang. Kalau gelombang bertembung alun, dia akan ditelan gelombang besar.

"Cara nak selesai, kena ambil satu isu besar. Contohnya tukar GST kepada SST, itu contoh gelombang besar.

"Kalau nak menang, dia kena wujudkan gelombang baru. Contoh, umumkan semua harga barang turun 20 peratus atau BR1M akan diberi balik dengan tambahan RM100. Itu gelombang lah," jelasnya lagi.

Sementara itu bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad juga dilihat pada majlis sama.

Ditanya jika Isa berada di sana untuk berkempen bagi BN, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu enggan menjawab.

Isa berkata kehadirannya untuk menonton perlawanan bola sepak dan secara kebetulan Najib hadir majlis berkenaan pada tempat yang sama.

Isa yang juga bekas calon Port Dickson berkata beliau tidak pasti masih lagi menjadi ahli Umno kerana telah menghantar surat perletakan jawatannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS