Pemuda PAS senarai barangan Denmark untuk dipulaukan
Pemuda PAS sedang menyenaraikan barangan keluaran Denmark yang dijual di negara ini untuk dipulaukan sebagai tindak balas terhadap penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad.
Pemuda PAS sedang menyenaraikan barangan keluaran Denmark yang dijual di negara ini untuk dipulaukan sebagai tindak balas terhadap penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad.
"Pemuda PAS lebih suka menggunakan ekonomi sebagai senjata untuk menghadapi situasi tersebut," kata Ketuanya, Salahuddin Ayub.
Pemuda PAS, katanya, tidak bersetuju dengan tindakan penunjuk perasaan di Syria, Lebanon dan Afghanistan yang merusuh hingga membakar bangunan kedutaan Denmark.
"Itu bukannya ajaran Islam," tegas beliau dalam sidang akhbar di ibunegara semalam.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian berkata, agama Islam melarang sama sekali tindakan sedemikian rupa dan umat Islam perlu bertenang dan hendaklah menghentikan keganasan itu.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS menyarankan supaya negara-negara Islam membuat banatahan secara bersepadu terhadap Denmark berhubung penyiaran karikatur tersebut.
Menurutnya, bantahan bersepadu itu boleh dibuat menerusi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)).
Malangnya, kata beliau, tindakan bersepadu itu tidak berlaku kerana perpaduan negara-negara Islam longgar hingga menyebabkan ia mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain.
Beliau juga mengingatkan negara-negara barat bahawa mereka tidak boleh menggunakan kebebasan bersuara sebagai pasport untuk menghina agama lain.
"Kebebasan ada disiplin dan sempadannya sendiri. Jika tidak ia akan menimbulkan pelbagai masalah kepada semua orang," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.