Malaysiakini
BERITA

SPRM lapor polis terhadap Raja Petra

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Mac 2019, 4:26 pagi

SPRM membuat laporan polis susulan kebocoran kertas siasatan pendedahan penulis blog Raja Petra Kamarudin membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata laporan terbabit dibuat semalam oleh pegawainya namun enggan mengulas lanjut di mana laporan itu dibuat, lapor Utusan Malaysia.

"Yang pasti saya telah meminta beberapa pegawai untuk berbuat demikian semalam," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita semalam menyifatkan Raja Petra sebagai “seorang pembohong” dan “selalu berbohong”.

Baru-baru ini, beberapa artikel di blog Malaysia Today milik Raja Petra menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas siasatan SPRM berkenaan kes itu yang turut mengaitkan beberapa exco Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dipetik berkata sedia mempertahankan diri di mahkamah jika ada bukti beliau terlibat dalam sebarang salah laku berkenaan projek terowong tersebut.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.