Shura: Langkah siar karikatur ada agenda tersembunyi
Penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad dalam akhbar Barat dipercayai agenda jahat yang didalangi Yahudi dan Amerika Syarikat untuk melaga-lagakan orang Islam dan Kristian, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Abdul Ghani Samsuddin.
Penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad dalam akhbar Barat dipercayai agenda jahat yang didalangi Yahudi dan Amerika Syarikat untuk melaga-lagakan orang Islam dan Kristian, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Abdul Ghani Samsuddin.
Beliau berkata, Yahudi dan Amerika mendalangi agenda jahat tersebut kerana mereka mahu melemahkan kuasa Islam untuk menjadi kuasa tunggal dunia.
"Amerika mahu menguasai sumber tenaga seperti minyak dan gas di negara-negara Islam, terutama rantau Arab, bagi kepentingan ekonomi mereka dan seterusnya menguasai dunia," katanya.
Malangnya, katanya, pemimpin negara Islam tidak berani menentang Amerika dan Barat kerana kuasa pemerintahan mereka ditentukan oleh negara kuasa besar itu.
Abdul Ghani berkata, mereka menjadi boneka kepada Barat dan sebab itu sebarang tentangan terhadap Amerika dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara berkenaan.
Mengenai bantahan besar-besaran di beberapa negara Islam terhadap penyiaran karikatur menghina Nabi Muhamad itu, beliau berkata, umat Islam perlu tegas menyatakan pendirian mereka membantahnya.
Tindakan berhemah
"Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh sampai membunuh atau merosakkan harta benda kedutaan Denmark seperti yang berlaku di Syria dan Lebanon.
"Tetapi kalau mereka membunuh umat Islam, orang Islam boleh membalas kejahatan mereka dengan cara yang sama," katanya.
Untuk itu, katanya, umat Islam perlu membuat bantahan secara profesional dan tidak mengikut emosi.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Yusri Mohamad pula berkata, sebarang tindakan umat Islam perlu berhemah bagi mengelak masalah lain.
Katanya, tidak mustahil ada agenda tertentu yang dirancang oleh pihak tertentu dari penyiaran karikatur tersebut dengan hasrat menimbulkan kemarahan umat Islam.
"Apa yang penting ialah kita menyampaikan pendirian kita bahawa umat Islam membantah penyiaran karikatur tersebut," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.