Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Walau kalah, Aiman ikrar tetap berkhidmat di Semenyih

PRK SEMENYIH | Gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah bapa mentuanya Bakhtiar Mohd Nor, calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali berkata beliau akan tetap berkhidmat kepada penduduk Semenyih.

Beliau bagaimanapun berkata akan tetap berusaha merealisasikan apa yang dijanjikannya ketika kempen, walaupun tidak menjadi wakil rakyat di DUN itu.

"InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk dapatkan. Menang atau kalah, saya akan berusaha untuk buat yang terbak untuk penduduk Semenyih," katanya ketika ditanya berkenaan janjinya terutama untuk menggesa sebuah hospital diwujudkan di situ.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik keluar daripada bilik gerakan utama PH, sebaik selepas SPR mengumumkan kemenangan calon BN Zakaria Hanafi.

Zakaria menang dengan majoriti 1,914 undi.

Aiman, 31, disambut tepukan gemuruh kira-kira 100 penyokong sebaik keluar dari bilik gerakan itu. Ada yang memberi kata-kata semangat serta memeluknya.

Beliau berkata akan cuba meneruskan usaha arwah bapa mentuanya ketika menjadi adun di situ.

“Saya akan teruskan, tengok bagaimana usaha itu dapat dijalankan. Yang penting saya akan berusaha untuk rakyat Semenyih dan bekerja kuat untuk kuatkan Bersatu," katanya lagi.

Apabila ditanya adakah beliau akan meninggalkan Semenyih, Aiman tersenyum dan kemudian berkata:

“Tidak. Saya masih tinggal di kawasan ini juga”.

Lihat Komen
ADS