DAPSY anjur bengkel bincang Auku Sabtu ini
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan menganjurkan satu bengkel Sabtu ini untuk membincangkan mengenai pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan menganjurkan satu bengkel Sabtu ini untuk membincangkan mengenai pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Salah seorang ahli panel Bengkal bertajuk"Hapuskan Auku Beri Nafas Baru kepada Pelajar" itu ialah bekas Ahli Parlimen Pasir MAS, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Ia akan berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4 petang di Dewan Perhimpunan China Selangor, Kuala Lumpur.
Menurut satu kenyataan, bengkel tersebut dianjarkan berikutan dua berkembangan menarik berhubung kewujudan akta tersebut.
Gerakan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mendesak akta itu dimansuhkan, manakala majlis perwakilan pelajar di 17 universiti awam pula menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri mahukan akta itu dikekalkan.
Ekoran dua perkembangan tersebut, bengkal tersebut akan membincangkan tujuan akta itu digubal berkaitan dengan kuasa autonomi universiti, kebebasan akademik dan hak pelajar mendapatkan pandangan pertubuhan dan individu mengenai perkara yang penting itu.
Antara ahli panel yang dijemput adalah Yusri Mohamad (Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia), Datuk Paduka Ibrahim Ali (bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan) dan
Amer Hamzah (peguam dan aktivis hak asasi manusia).
Tiga lagi ahli panel ialah Nga Kor Ming (Adun Pantai Remis, Perak and Ketua DAPSY), Fong Po Kuan (Ahli Parlimen Batu Gajah dan Naib Pengerusi DAPSY) and Loke Siew Fook (Adun Lobak, Negeri Sembilan dan Setiausaha Kebangsaan DAPSY).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.