Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tan Sri antara tiga individu direman isu pengurusan kuil di Batu Caves

Individu bergelar ‘Tan Sri’ ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah milik Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Turut direman bagi tempoh sama ialah dua individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan itu lapor Bernama.

Majistret Nik Muizuddin Nik Muhammad memerintahkan tiga individu itu ditahan sehingga Khamis ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan SPRM menahan seorang AJK kanan jawatankuasa kuil tersebut malam tadi.

Penahanan itu dibuat selepas serbuan dilakukan oleh suruhanjaya itu dikediaman individu berkenaan.

The Star turut melaporkan serbuan turut dibuat di pejabat kuil terbabit.

Menurut laporan, serbuan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan perjanjian mengenai tanah.

Untuk rekod, jawatankuasa tersebut turut mentadbir Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves dan Kuil Kortumalai Pillaiyar di Pudu, Kuala Lumpur

Lihat Komen
ADS