Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri pelancongan beritahu TV Jerman tiada gay di M'sia
Diterbitkan:  Mar 6, 2019 12:10 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi percaya tiada golongan gay di Malaysia, lapor badan penyiaran Jerman Deutsche Welle (DW).

Mohamaddin berkata demikian bila ditanya pemberita di negara itu semalam, sama ada golongan gay dialu-alukan di Malaysia.

“Saya tidak fikir kami ada perkara sebegitu di negara kami,” beliau dilaporkan sebagai berkata menjelang pembukaan ITB Berlin, pesta perniagaan pelancongan terbesar di dunia.

Malaysia menjadi rakan pameran itu dan menyasarkan untuk menerima 30 pelancong pada tahun ini,

DW melaporkan Mohamaddin sebelum itu mengelak soalan sama ada Malaysia selamat untuk golongan homoseksual dan Yahudi.

Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai dari Malaysia cuba untuk tidak memperbesarkan insiden berkaitan tetapi tidak memberikan sebarang contoh.

Sebelum itu, ahli politik Green Party Jerman Volker Beck membantah penyertaan Malaysia dalam ITB dengan mendakwa Malaysia mengamalkan homofobia dan antisemitisme.

Ia susulan langkah negara ini menyekat kemasukan atlet para Israel untuk sebuah acara renang di Sarawak pada pertengahan tahun ini.

Status Malaysia sebagai hos acara telah ditarik balik oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) susulan bantahan Israel.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Disember lalu mengeluarkan dapatan kajian mendakwa golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) didiskriminasi di Malaysia.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga berkata Malaysia menolak gaya hidup sedemikian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS