Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
SPR tak terlibat siasatan pihak berkuasa kes kesalahan p'raya - Azhar

Suruhanjaya Pilihan Raya tidak terlibat dalam siasatan pihak berkuasa terhadap kes-kes kesalahan pilihan raya, maklum Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini, beliau berkata suruhanjaya itu tidak memiliki maklumat mengenai status laporan yang dibuat terhadap dakwaan kesalahan yang dilakukan ketika dua PRK baru-baru ini di Cameron Highlands dan di Semenyih.

"Tiada, pihak berkuasa yang menyiasat tidak memberikan sebarang maklum balas (kepada SPR). Jadi, hanya pihak yang membuat aduan, atau pengadu sahaja yang berhak bertanya pegawai penyiasat mengenai perkembangan laporan mereka.

"Kami hanya pihak ketiga," katanya ketika ditemui selepas SPR membuat pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau di Negeri Sembilan.

Azhar menjawab soalan pemberita yang bertanya tentang kesalahan pilihan raya dan komen beliau mengenai status kes-kes kesalahan pilihan raya pada PRK baru-baru ini.


BERKAITAN: Kekosongan kerusi DUN Rantau terisi 13 April ini


Beliau berkata hanya pengadu yang membuat laporan sahaja yang berhak bertanyakan agensi berkenaan mengenai perkembangan kes.

"Saya tiada maklumat sebenarnya. Saya perlu duduk dengan mereka dan bertanya kes siasatan apa, sepantas mana kes (disiasat) atau tempoh masa yang perlu diambil... Saya tiada pengetahuan mengenai hal itu," kata Azhar menjawab soalan sekiranya beliau merasakan pihak berkuasa telah bertindak pantas dalam mengambil tindakan terhadap kes kesalahan pilihan raya itu.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata sistem keadilan jenayah negara memperuntukkan pihak ketiga yang tiada kena-mengena dengan kes tidak berhak untuk bertanyakan pihak berkuasa perkembangan penyiasatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS