Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sabah Datuk Wasli Mohd Said, 57, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan RM1 juta.

Menurut Bernama, beliau didakwa menawarkan rasuah itu kepada dua penjawat awam di Bahagian Lembaga Pengarah, lembaga berkenaan untuk menyokong pemberian dan penjualan saham lembaga dalam Sapi Plantation Sdn Bhd oleh syarikat Briskmark Enterprise Sdn Bhd.