Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kunjungan Dr M ke China diharap capai penyelesaian projek ECRL

Rundingan semula projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dijangka akan mencapai keputusan ketika kunjungan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke China April ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang berbincang dengan kontraktor serta berharap perbincangan seterusnya akan mencapai penyelesaian bagi kedua-dua pihak.

"Perdana menteri ada menyebutkan bahawa kerana harga yang terlalu tinggi, kita tidak mampu meneruskan projek ini, namun kerajaan China menawarkan pengurangan harga dan kita harap ia dapat membolehkan kita untuk mencapai penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Dana Transformasi Perindustrian oleh Bank Pembangunan bernilai RM3 bilion di Kuala Lumpur.

Lim berkata, beliau berharap perbincangan antara kedua-dua pihak akan diadakan secepat mungkin.

"Kita percaya perbincangan ini dapat diadakan secepat mungkin, dan harap-harap ketika perdana menteri mengunjungi China.

"Kita perlu capai kesimpulan, seperti yang anda semua tahu, situasi ketika ini tidak boleh berterusan. Dengan pengurangan kos, saya fikir ada harapan projek ini diteruskan. Kita harap dapat hasil yang positif," katanya.

Bulan lalu, Mahathir berkata kerajaan sedang merundingkan semula projek berkenaan untuk mencapai penyelesaian yang lebih baik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS